Pages

22 June 2013

Info: Cuti-cuti di Perlis

Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

 Fail:Flag of Perlis.svg

 

Tempat- tempat menarik di Perlis:

Padang Besar
Pekan di sempadan ini merupakan titik pertembungan warga Thailand dan Malaysia. Ramai rakyat Malaysia memasuki Thailand melalui tempat ini dan begitu juga warga Thailand ke Malaysia untuk tujuan membeli-belah, perniagaan atau lawatan rekreasi.

Platform panjang di stesen kereta api, dikendalikan bersama oleh Malaysia dan Thailand. Selain daripada pusat pemeriksaan Imigresen dan beberapa papan tanda, sukar untuk membezakan di manakah sebenarnya sempadan tersebut berada, kedua-dua belah kelihatan sama sahaja.

Menjangkau landasan kereta api ialah Pekan Siam, syurga bagi orang yang suka tawar-menawar. Pekan ini penuh dengan tekstil, pakaian, kraftangan, makanan, buah-buahan dan cenderahati.

 

Kuala Perlis
Aktiviti utama di sini ialah memancing dan terdapat banyak restoran makanan laut boleh ditemui di pekan kecil ini.

Makanan laut di Perlis bukan sahaja segar, tetapi ia juga lebih murah berbanding di ibu kota. Berseronoklah menikmati makanan laut, pilih makanan laut yang pelbagai dimasak, digoreng,, barbeku, panggang dan banyak lagi.

Gua Kelam
Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.

Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjanh perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.

Muzium Kota Kayang
Menurut sejarah, tanah seluas 4.84 ekar di mana tempat berdirinya Muzium Negeri ini telah diberikan oleh Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda, Syed Salim bin Syed Muhammad al-Jafri, yang merupakan ketua menteri kepada Raja.

Pada penghujung kurun ke-19, Syed Salim membina kediamannya dan menetap bersama keluarga baginda sehinggalah kediaman ini dijual kepada Kerajaan Negeri sejurus selepas menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Selepas itu, bangunan ini menjadi kediaman rasmi Penasihat British untuk negeri Perlis. Penasihat British pertama, En. Meadow Frost dan pewarisnya menetap di kediaman ini sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Dari tahun 1941 hinggalah 1943, bangunan ini telah diambil alih oleh Pentadbiran Tentera Jepun, sementara dari tahun 1943 sehingga 1945, Kerajaan Tentera Thai mengambil alih bangunan ini.

Selepas Merdeka, bangunan ini menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Ia terkenal sebagai Rumah Tetamu (Guest House) selepas ia dikosongkan oleh Ketua Menteri Dato' Jaafar Hassan pada awal tahun 1980- an. Pada tahun 1991, bangunan ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Negeri yang sedia ada kini, yang mana seni binanya serupa dengan bangunan lama. Kompleks Warisan Negeri (State Heritage Complex) juga berada di dalam kawasan Muzium Negeri ini.

Taman Negeri Perlis
Taman ini terletak di kawasan banjaran batu kapur terpanjang di negara ini, yang digelar Banjaran Nakawan. Banjaran Nakawan memiliki cerun berhutan tebal, permukaan cenuram menegak, anak sungai dan sistem gua yang luas serta cantik.

Beberapa tarikan utama di Taman Negeri Perlis termasuk Gua Kelam dan Gua Wang Burma yang terletak di dalam kawasan Setul. Di situlah terdapat pembentukan batu kapur berusia 500 tahun di sana. Taman ini terdiri daripada Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu dengan jumlah keluasan keseluruhan kira-kira 5000 hektar.

Taman ini adalah tempat tinggal bagi hidupan seperti monyet dan terdapat tumbuhan seperti halia, paku-pakis dan tanaman balsam. Pelawat boleh tinggal di hostel dan chalet atau berkhemah di kawasan yang disediakan.

Sesiapa yang mahu melawat diperlukan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan Taman Negeri Perlis dan mendapatkan khidmat renjer atau pemandu arah yang layak.
 

No comments:

Post a Comment