Pages

22 June 2013

Pencapaian Malaysia Di Mata Dunia

Angkasawan Malaysia

Program penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia akan menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di ISS yang terletak kira-kira 402.34 kilometer dari permukaan bumi selama lapan hari.

Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed.
angkasawan

Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara

Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara merupakan cubaan kedua mendaratkan kereta di Kutub Utara selepas kali pertama dilakukan oleh Volkswagon sebelum ini. Penerjunan itu turut membabitkan kereta nasional-Proton Wira 1.5 atau dikenali Proton Vantus untuk pasaran Russia. Sebanyak tiga payung terjun digunakan yang mempunyai ukur lilit 30 meter setiap satu, manakala dua lagi bersaiz kecil sebagai pengimbang pelantar berkenaan. Sebagai langkah keselamatan, badan kereta itu dipasang jaring bagi memastikan pelantar didaratkan dengan selamat dan tidak merosakkan kenderaan. Proton Wira itu pula dihiasi oleh Jalur Gemilang di bumbungnya bagi menggambarkan imej negara.

kutub_utara

Pelayaran Secara Solo Mengelilingi Dunia

Datuk Azhar Mansor mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mencipta rekod belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa bantuan kuasa enjin. Pelayar yang berusia 41 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang.

Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

azhar_mansor

Kartunis Dato' Mohammad Nor Khalid (LAT)

Pada 1979, kartunis Mohammad Nor Khalid (lebih dikenali sebagai Lat), melancarkan Budak Kampung, buku komik berdasarkan kisah kehidupannya sendiri sebagai anak desa. Lima tahun kemudian buku ini diterjemah ke Bahasa Jepun. Pada 1998, Budak Kampung dijadikan siri TV 26 episod, usahasama ASTRO (Malaysia), Philippines Animated Studios Inc. (Filipina) dan Matinee Entertainment (Amerika Syarikat). Setahun kemudian, satu episod dari siri berkenaan bertajuk “Oh, Tok!” memenangi anugerah berprestij “Siri TV Terbaik” bagi siri 13 minit ke atas pada Pesta Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis.
lat

Berenang merentasi Selat Inggeris

Sejarah tercipta di Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 apabila perenang maraton negara, Abdul Malik Mydin memahatkan nama Malaysia di Wishant dekat sini selepas berjaya melakukan renangan dari Dover, England sejauh 32.8km dalam masa 17 jam 30 minit. Kejayaan wira samudera itu sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama berjaya melakukan renangan di selat yang penuh cabaran itu, sejak kali pertama dilakukan oleh Kapten Matthew Webb pada tahun 1875.
selatinggeris

Penjelajahan ke Kutub Selatan

Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika, Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada 29 Disember 2004. Kecederaan serius pada lututnya pada suatu ketika tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini.

Penjelajahan ke Kutub Utara

Adik beradik Read, iaitu Gerald Read (25 tahun) dan Justin Read(19 tahun) telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila rakyat Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di Darjah Terakhir Kutub Utara.

Gerald dan Justin mencipta sejarah gemilang tersebut pada 20 April 1999 jam 7.27 pagi   waktu Malaysia. Selain daripada mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia yang pertama melakukan misi itu, Justin yang baru berusia 19 tahun mungkin akan mencatatkan rekod sebagai peserta termuda yang berjalan di kutub itu. 

Pendakian Gunung Everest

Pada 23 Mei 1997, dua wira Malaysia iaitu M. Magendren dan N. Mohandas telah berjaya menakluki Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter, gunung yang tertinggi di dunia. M. Magendran merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluki Gunung Everest yang terletak di Himalaya, dan di ikuti 15 minit kemudiannya oleh Mohanadas Nagappan.

Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest itu. Usaha mereka untuk menakluki gunung tersebut telah mendapat liputan harian secara langsung selama 55 hari dengan kegigihan sembilan anggota Projek Everest 97' dari RTM.
everest






No comments:

Post a Comment