Pages

22 June 2013

Pilihan Soal Jawab Agama: Politik

Soalan

askm..saya ada satu kemuskiln dan ingin mengetahui segalanya tentang
politik dinegara kita sekarang,pada zaman ini kebanyakan orang baik tua
muda saling bercakap pasal politik tak kira dari parti mana.kenapa
sekarang bila tersentuhnya dan cakap perlihal politik org menuduh
ulama,tok-tok alim,ustaz dan ustazah yang memperjuangkan agama islam,dari
situ kita bercakap mengenai tanggungjawab golongan agama baik mufti dan
para-para ulamak memperjuang agama islam,tetapi satu golongan lagi
memperlekehkan golongan ini.disebelah memperjuang politik untuk
keseronokan yang disebelah lagi memperjuang agama islam yang jitu dan
tidak bercamporkan soal kemaksiatan.apakah pandangan tuan/paun dalam hal
ini..bila kita nak memperlekehkan golongan dan pewaris nabi muhamaad untuk
menegakan agama yg suci ini?



Jawapan

Dalam kehidupan dunia ini terdapat pelbagai ragam manusia yang dapat
dikenalpasti dan masing-masing mempunyai pandangan, pendapat dan citarasa
yang berbeza.
Islam bukan hanya ditugas kepada ustaz dan ustazah dalam memperjuangkan
agama Islam bahkan semua umat Islam bertanggungjawab dalam menjaga
nilai-nilai agama.
Namun demikian, ada dikalangan orang Islam itu sendiri yang berhempas
pulas untuk mencemarkan maruah Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui
ideologi atau pemikiran liberalisme, materialisme dan sebagainya yang
bercanggah dengan roh agama itu sendiri.
Aliran-aliran sebegini boleh merosakkan nilai agama dan menjatuhkan
martabat Ulamak yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Untuk mendapatkan kesepakatan antara masyarakat demi menjaga maruah agama
kita perlu menghindarkan sifat caci mencaci, hina- menghina, pulau-memulau
memaki hamun dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh merosakkan
keharmonian dalam keseluruahan kehidupan manusia.

Sumber: IslamGRID

No comments:

Post a Comment