Baru-baru ini pilihanraya diadakan dengan parti besar seperti BN & PR masing-masing menawarkan janji harga kereta turun.
Keputusan PRU-13 yang memihak kepada BN dan sudah pasti janji-janji perlu ditunaikan.
Berita mengenai penurunan harga kereta 
sememangnya dinantikan dengan perasaan penuh minat oleh rakyat Malaysia 
sejak akhir-akhir ini.
Utusan
 Malaysia dengan kontroversinya yang tidak berkesudahan sekali lagi 
membuat para pembaca tak kering gusi kerana kekantoian nya menyalurkan 
berita. Klik sini untuk berita penuh dari Utusan.
Rakyat Malaysia yang celik IT sudah pasti tertanya-tanya, sama ada berita tersebut benar ataupun tidak.
Berikut ialah petikan daripada wakil Volkswagen yang memberikan komen di dalam laman Facebook rasmi syarikat itu;
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,”.
Peugeot Malaysia jugak diajukan soalan sama oleh pengguna dan berikut jawapan dari Peugeot.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada 
apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu 
dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. 
Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya 
merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta 
Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu
 The Malaysian Insider model facelift 308 VTi sememangnya berharga 
RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan 
harga 308 Turbo adalah RM121,888. 
Honda Jazz Hybrid juga ternyata tidak tepat, 
seperti mana laporan dibawah.
"Semakan dengan pembuat kereta dari 
Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di
 kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan
 tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya 
(CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800."


 
No comments:
Post a Comment