Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus
(10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan
kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan
ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan
kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU
|
Status |
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak Sihat |
201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
301 - 500 | Berbahaya |
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui
media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu
semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah
pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan
kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko
tinggi iaitu :-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan - Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
No comments:
Post a Comment