Pages

21 June 2013

HOT: MARKAS SYIAH MALAYSIA?

MENGAPA SYIAH BERBAHAYA KEPADA KITA





Mungkin ada ahli keluarga, jiran dan kenalan saya yang masih tidak jelas atau tidak tahu hujung pangkal, mengapa Syiah berbahaya kepada kita?


1. Di satu layer, Syiah seperti sama dengan kita. Kita beriman dengan al-Quran, Syiah beriman dengan al-Quran. Tetapi Syiah menganggap al-Quran di tangan kita hari ini tidak lengkap. Ada surah yang dicabut keluar oleh Sunni seperti Surah al-Wilayah. Al-Quran yang lengkap, ada di tangan Imam terakhir mereka Muḥammad ibn al-Ḥasan al-Mahdī dan akan muncul dengan kemunculannya sebagai Imam Mahdi di akhir zaman nanti. Oleh kerana Quran sekarang tidak lengkap, maka otoriti al-Quran dipindahkan ke Imam mereka atas nama Wilayah al-Faqih yang popular berkait dengan Khomeini.

2. Di satu layer, Syiah beriman dengan Sunnah. Kita juga beriman dengan Sunnah. Tetapi Sunnah di sisi mereka berbeza daripada Sunnah kita kerana mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi SAW kecuali beberapa orang sahaja. Apabila sahabat-sahabat ini dikafirkan, sedangkan mereka adalah jambatan penghubung antara Islam Nabi SAW dengan Islam kita, maka konsep Sunnah mereka meruntuhkan asas agama kita.

3. Dengan asas binaan kepercayaan mereka yang bercanggah daripada akar umbi berbanding kita, beranaklah pelbagai polemik lain pada Fiqh, pada huraian-huraian Aqidah, pada periwayatan dan penafsiran Sejarah, membawa kepada politik dan seterusnya.

Berbeza dengan ajaran sesat lain, Syiah berkerajaan, bernegara, mempunyai institusi yang lengkap untuk ia berdiri sebagai suatu kuasa. Maka penyebaran Syiah, berbeza daripada penyebaran Al-Arqam, Ayah Pin, Pemuda al-Kahf dan ajaran-ajaran sesat yang lain. Sheikh Muhibbuddin al-Khatib pengarang kitab al-Khutut al-'Aridhah merumuskan bahawa, Syiah Imam 12 yang menjadi anutan Iran, Hizbullah dan sekutunya termasuk Syiah di Malaysia ini bukan mazhab tetapi agama.


Credit: Sham Kamikaze

No comments:

Post a Comment