Tatacara Mengerjakan Solat Witr.
 Solat Witr 1 rakaat
 
 Rakaat Pertama
 
 1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
 2)      Takbiratul Ihram
 3)      Doa Iftitah
 4)      Membaca surah al-Fatihah
 5)      Membaca Surah al-Qur’an
 6)      Rukuk
 7)      Iktidal
 8)      Sujud
 9)      Duduk antara dua sujud
 10)    Sujud kali kedua
 11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
 12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  
  
 Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :
 
 1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu 
didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah 
riwayat daripada Nafi’:
  
 أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
 
 Maksudnya :
 
 Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua
 rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam 
Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.
  
 Rakaat Pertama
 
 1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
 2)      Takbiratul Ihram
 3)      Doa Iftitah
 4)      Membaca surah al-Fatihah
 5)      Membaca Surah al-Qur’an
 6)      Rukuk
 7)      Iktidal
 8)      Sujud
 9)      Duduk antara dua sujud
 10)    Sujud kali kedua
 11)    Bangun untuk rakaat kedua
  
 Rakaat Kedua
 
 1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
 2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
 3)      Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir
  
 Rakaat Ketiga
 
 1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
 2)      Takbiratul Ihram
 3)      Doa Iftitah
 4)      Membaca surah al-Fatihah
 5)      Membaca Surah al-Qur’an
 6)      Rukuk
 7)      Iktidal
 8)      Sujud
 9)      Duduk antara dua sujud
 10)    Sujud kali kedua
 11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
 12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
 2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.
  
 مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي
 رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
  
 يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ 
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
  
 ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
 
 Maksudnya :
 
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan 
Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas 
rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan 
kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, 
jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda 
solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam 
Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.
  
 Solat Witir sebanyak 
tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. 
Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. 
Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah
 al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat 
daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :
  
 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
  
 وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
  
 وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا
  
 Maksudnya :
 
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir
 ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa 
ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan 
baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda 
membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam –
 Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa 
Tathawwu’un Nahaar, no 1683.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment