Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Solat Sunat Duha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu duha, iaitu 28 minit selepas terbitnya matahari sehingga sebelum matahari terpacak di atas kepala, iaitu kira-kira 15 minit sebelum masuknya waktu solat fardu Zohor.
Solat ini dikerjakan dua rakaat sama seperti solat sunat yang lain. sekurang-kurang bilangan rakaat solat ini ialah 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya pula adalah 12 rakaat.
Lafaz niatnya:
“Sahaja aku Solat Sunat Duha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Solat sunat ini dikerjakan secara bersendirian dan bukannya berjemaah.
Pada rakaat yang pertama selepas membaca Surah al-Fatihah, bacalah Surah al-Syams ( Wash-syamsi wa-dhuhaha...), atau Surah al-Duha.
Manakala pada rakaat keduanya pula, anda disunatkan membaca Surah al-Ikhlas.
Setelah memberi salam, mohonlah doa. Antara doa yang dicadangkan ialah;
“Allahumma, wahai Tuhan, bahawa dhuha itu dhuha-Mu, kecemerlangan itu kecemerlangan-Mu, kecantikan itu kecantikan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan pemeliharaan itu pemeliharaan-Mu. Ya Allah, jika ada rezeki di atas langit, maka turunkanlah, jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika susah maka mudahkanlah, jika haram bersihkanlah, jika jauh dekatkanlah, dengan kebenaran dhuha Engkau dan kecemerlangan-Mu dan kekuasaan-Mu maka kurniakanlah kiranya apa-apa yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang salih.”
Demikianlah penerangan ringkas mengenai Solat Sunat Duha. Sila dapatkan penjelasan yang lebih terperinci di dalam buku-buku panduan solat sunat yang terdapat di pasaran buku-buku agama di tempat anda. di dalamnya juga anda boleh dapatkan doa di dalam Bahasa Arab. Wallahu 'alam.
Sumber: IslamGRID

No comments:
Post a Comment