Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil
perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan
Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5
perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang
guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama
Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah
Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka
tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di
kalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi
aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap
pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya
memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa
langkah sahaja dari rumahnya.
Beliau sentiasa dikenali sebagai
seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap
masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.
Beliau
mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya
kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya (gambar kanan)
pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh
rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada
pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun
2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau
sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.
Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala
rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada
tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia
dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential
Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:
Pada
pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr
Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN)
di kawasan DUN yang sama.
Secara peraturannya, Beliau (PAS)
sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila
lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang
penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan
pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi
yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan
jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan
perjuangan.
Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim
(1990 - 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz
Bin Nik Mat.
No comments:
Post a Comment